The peti ais.

Masalah peti ais bukan masalah biasa-biasa tau. Berbulan memikirkannya. Kawan-kawan sampai rasa rimas bila hari hari I tanya tentang peti ais. Yang mana OK? yang ni OK ke yang tu? Yang ni berbaloi ke? what if.. tiba-tiba dia buat hal? What if kalau tiba-tiba menyesal? Uhh banyak perkara bermain difikiran.  Kita bukanlah banyak duit. Pelan-pelan menabung demi peti ais. Tak mahu menyesal dikemudian hari. Housemate (Aurora) pula tidak membantu. Sibuk menghasut juga tanpa memikirkan harga, pro and cons. Setelah melalui banyak fasa onak dan duri, akhirnya ini menjadi pilihan.

Anggap sahajalah ini hadiah hari jadi dari diri sendiri untuk diri sendiri. Nak harapkan orang tuu bagiii kitaaaa memang tak laa…. Eh mesti ingat ada yang terasa kan? Wakkaka sebenarnya tak akan ada yang terasa sebab I saja buat parody korang yang suka perli husband kalau tak dapat sesuatu yang diinginkan. Kunci nya kena bersyukur, walaupun husband tak sudi beli kan apa-apa setidaknya korang ada husband yang membantu membuat keputusan.

Tak macam I. Nak beli peti ais pun stress sampai palpitation hidup gelisah mimpi malam hari, tahu tak! Nak invest untuk dipakai lama tak boleh suka suki. Kena buat survey yang mendalam. Serious tak mudah. Sampai menangis sendiri sebab tak ada orang melayan kehentak (atau kemahuan) yang datang secara tiba-tiba ini. Nasib baik juga dapat seller yang penyabar, hari-hari text seller sampai 11 malam, 12 malam pun dia balas. banyak soalan-soalan tak masuk akal dan tak penting mana pun I tanya. Selagi tidur  terganggu selagi itu I ganggu seller tu wakakaka.

Ni baru peti ais, belum lagi misi mencari papa baru rora. 🤭

Bukan nak show off. Tapi ini sejenis satisfaction. Kan dah bagitahu tak mudah untuk buat keputusan. Dan bila keputusan dibuat, haruslah kita abadikannya. Setidaknya sepuluh tahun akan datang masih boleh mengenangkan saat bila kita memilikinya. Alaa.. macam korang abadikan gambar pasangan korang waktu pernikahan tempoh hari. Begitulah. Setelah korang berfikir panjang dan akhirnya menjadi milik korang. Haa sama lah.

Mission accomplished ker? Jawapannya tidak. Tunggu idaman seterusnya.

ps; Beli peti ais dekat SenQ. Kebetulan kalau beli bulan ni dapat voucher bernilai RM800+ jadi itu sejenis triggering untuk beli dengan segera. Untung bukan? Boleh lah tidur berbahukan peti ais selepas ini.

Totin Jamain
I give myself the luxury of saying what I want.